Saturday, 31 December 2011

Cinta+Rindu+sayang=My Late Father.....Love u so much Abah....

Pukul 01:15...1 Januari 2012....
Kolej HarunAminurashid...
Universiti Pendidikan sultan Idris...
Dalam umah 1-6-14...Dalam bilik seorang diri...


Malam 31 Disember 2011 betol-betol buat hati aku sayu+sedih=menangis....Orang lain sedang bergembira nak sambut detik 12 malam, aku pula sedang bersedih....Rindu abah sangat-sangat...:(...:(...


At least lepas jumpa orang yang aku sayang ni,hati aku jadi ok kejap...da seminggu kot aku tak jumpa die..rindu sangat-sangat....dapat tengok dia senyum n gelak hilang segala kesedihan aku...berjalan sama-sama diiringi dengan ketawa...bahagia jap aser...


Tapi..........Aku tetap rindu abah...love u abah...i miss u so much...teringin nak jumpa abah sangat-sangat...tapi...abah da tak der cmcer nk jumpa....aku hanya mampu sedekahkan surah Yassin untuk abah tersayang....Aku mesej kakakaku....aku kata.."Daa...aku rindu abah sangat-sangat"...Dia kata dia pon sama rah..sama2 la kita sedekahkan yassin untuk abah...Da 11 tahun abah tak der....:(...


Abah..............Abah........Aku teringat kenangan bersama abah masa kecik2 dulu....abah... irah rindu abah sangat,,,Irah mintak maaf bb ira menitiskan air mata..abah mesti tak skew kan anak-anak abah sedih...irah taw abah dapat tengok anak-anak abah walawpon kitorang tak dapat tengok abah...abah mesti dapat tengok irah ngah nangis sekarang kan sampai dok update kat blog ni yang irah sayang abah...:(...:(....Abah,,,,,ni ari first tahun baru...irah berazam nak belaja sungguh-sungguh...nak berjaya cam orang lain..nak jadi ank berguna untuk abah n ummie...nak jadi anak yang solehah...dapat jaga adik-adik untuk abah n ummie..dapat bagi ummi kebahagiaan...tak nak bagi ummi sedih-sedih abah............


Sebelom ni aku tak pernah aser sesedih ni...rindu yang teramat sangat....tambah pula aku dengar lagu Ayah nyanyian Ae man...Hati aku bertambah sayu...setitik demi setitik air mata aku jatuh...tanpa henti....walawpun di beri kekutan oleh rakan ,kakak n orang yang aku sayang....aku tak tahan...........Rindu abah sangat-sangat...Papew pon love u abah....Mintak-minta dapat jumpa dengan abah lagi...<3...:(..:(



KATA ABAH::
HAI ANAK :: KETAHUILAH, SESUNGGUHNYA DUNIA INI BAGAIKAN LAUTAN YANG DALAM, RAMAI MANUSIA YANG KARAM KE DALAMNYA..BILA ENGKAU INGIN SELAMAT, AGAR JANGAN KARAM , LAYARILAH LAUTAN ITU DENGAN SAMPAN YANG BERNAMA TAQWA, ISINYA IALAH IMAN DAN LAYARNYA ADALAH TAWAKKAL KEPADA ALLAH...

KATA ABAH ::
ORANG YANG MERASA DIRINYA HINA, DAN RENDAH DIRI DALAM BERIBADAH DAN TAAT KEPADA ALLAH, MAKA DIA TAWADDUK KEPADA ALLAH, DIA AKAN LEBIH DEKAT KEPADA ALLAH .

KATA ABAH ::
HAI ANAK :: SEANDAINYA IBUBAPAMU MARAH KEPADAMU KERANA KESILAPAN YANG KAMU LAKUKAN, MAKA MARAHNYA IBUBAPA ADALAH BAGAIKAN BAJA BAGI TANAM TANAMAN...

Friday, 30 December 2011

Hidup,Cinta Dan Bahagia,,,,,,,,,,,,

Hari terakhir pada tahun 2011 (31 Disember 2011)...


Orang terkuat bukan mereka yang selalu menang...melainkan mereka yang tetap tegar ketika mereka jatuh...Entah bagaimana ...dalam perjalanan kehidupan..kita belajar tentang diri kita sendiri...dan menyedari...bahawa penyesalan tidak seharusnya ada...Hanyalah penghargaan abadi yang ada atas pilihan-pilihan kehidupan yang telah kita buat...


Lebih bahaya mencucurkan air mata di dalam hati...Dibandingkan menangis tersedu-sedu ...Air mata yang keluar dapat dihapus...sementara air mata yang tersembunyi dapat  menggoreskan luka yang tidak akan pernah hilang...CINTA???...
Adalah ketika kamu menitikkan air mata dan masih peduli terhadapnya...Adalah ketika dia tidak mempedulikan kamu dan kamu masih menunggunya..Adalah ketika dia mula mencintai orang lain dan kamu masih lagi bisa tersenyum kepadanya sambil berkata "Aku turut berbahagia kerana kau bahagia"...




Dalam urusan cinta ,kita sangat jarang menang...Tapi ketika cinta itu tulus ,meskipun kalah kamu tetap menang hanya kerana kamu berbahagia ...dapat mencintai seseorang...Lebih dari kamu mencintai diri kamu sendiri...


Apabila cinta tidak terhasil...bebaskan dirimu...biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas lagi...Ingat lah....bahawa kamu mungkin akan menemukan cinta dan kehilangannya...tapi...ketika cinta itu mati...kamu tidak perlu mati bersamanya...


Akan tiba saatnya dimana kamu harus berhenti mencintai seseorang...BUKAN kerana orang itu berhenti mencintai kamu...Melainkan bahwa kira menyedari orang itu lebih bahagia bila kita melepaskannya...


Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan...Orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan ...Tapi ingatlah...melepakan bukan akhir dari dunia...Melainkan awal dari suatu kehidupan...




Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis,mereka yang tersakiti,mereka yang telah mencari...Dan merekan yang telah mencuba...Kerana merekalah yang bisa menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka...




KADANG KALA,ORANG YANG KAMU CINTAI ADALAH ORANG YANG PALING MENYAKITI HATI TAPI KADANG KALA TEMAN YANG MEMBAWA KAMU KEDALAM PELUKANNYA DAN MENANGIS BERSAMAMU ADALAH CINTA YANG TIDAK KAMU SEDARI...





Tuesday, 27 December 2011

Kerinduan Yang Abadi...=(...Miss U So much Dear...





Baca taw jangan tak baca...=)

Khas untuk dirimu sayang~~...Sidi Amir Zazali...

Sayang....betapa aku tak bisa jauh darimu....


Rinduku umpama ombak yang tak berhenti. Kasihmu bagai pantai yang setia menanti.



Biarlah yang dulu jadi masa laluku, dan kau menjadi masa kini serta masa depanku.




Saat kesedihan mengisi hari-harimu..saat airmata menitis di pipimu..Beritahu aku...kerana saat itu aku ingin berada dekat denganmu sayang...kerana aku ingin menjadi seseorang yang bererti buatmu sayang...



Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti dan berterima kasih atas kurniaan itu...Dan sekarang Ira  menemui Sidi...



Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya. Dan saya mencintai awak seperti sungai yang mengalir.




Pagi yang cerah ketika bersamamu sayang,Malam yang indah ketika mendengarkan suaramu,Hati yang bahagia ketika memilikimu selamanya....




Mengenalmu adalah suati anugerah bagi ku sayang...Mendampingi hidupmu adalah suatu kebahagiaan yang tidak ternilai bagiku...Meninggalkanmu adalah suatu kebodohan...




Ya Allah kekalkan cinta kami di dunia dan akhirat.Ya Allah masukkan kami ke dalam syurga Firdaus-Mu agar kami dapat terus bercita selama-lamanya..Amin ya Rabbalamin...




Rinduku padamu takkan pernah hilang meskipun kau sudah ada di depan ku walawpun setiap masa kita berjumpa dan bersua muka dirimu tetap dihatiku sayang...




Dengan senyuman kau luluhkan hatiku...dengan senyumanmu kau perlihatkan dunia kepadaku...Hanya dengan sebuah senyuman kau berikan aku sebuah kesedaran...Begitu indah cerita hidupku oleh senyumanmu...I LOVE U Dear..


Hari hujan...cuba lihat ke luar jendela, Hitunglah titik air yang jatuh dari langit! Sebanyak itulah aku mencintaimu....


Saya beryukur kepada Allah kerana menemukan saya dengan awak sayang...


Saya tidak tahu siapa di dalam hatimu sayang tetapi dalam hati saya hanya ada awak...

Apa yang penting bagiku adalah untuk bersamamu selamanya Sidi Amir Zazali.....Ira harap hubungan kita kekal ...




Wednesday, 21 December 2011

10 Petanda Dia Jodoh Kita

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :


1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.




  

Fadhilat Menjadi Wanita Islam

# Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.


# Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

# Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

# 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

# Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

# Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

# Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

# Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

# Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

#  Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit, akan diampunkan oleh Allah seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

# Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

# Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

# Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

#  Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

# Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

# Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

# Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

# Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

# Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

# Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

# Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

# Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

#  Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

# Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat




Tuesday, 20 December 2011

Love Saying to you My Dear----Sidi Amir Zazali

I scared,scared to lose you ...I scared i'll do something wrong to make you want to leave...I scared that you will find someone so much better than me dear...I scared becoz i finally realized how much you means to me dear...


I'm sorry i'm not the best with word that i can never find the right thing to say at the right moment, but you scare the hell out of me whenever i think of how vulnerable i could ben what would happen if i opened up my heart....

Moving on is simple,it's what you leave behind that make it so difficult...


                                              Syairah Love Sidi Amir

Puisi :: Qalam Cinta

Aku ingin...
Menjadi makmum kepada seorang imam...


Aku ingin...
Menjadi sayap kiri kepada seorang khalifah...


Aku ingin...
menjaddi pendengar kepada seorang dai'e


Aku ingin...
Menjadi seorang mujahidah kepada seorang mujahid...


Aku ingin...
Menjadi tulang belakang kepada seorang insan...


Aku ingin...
memberi cintaku kepada insan yang mencintai diriMu lebih dari segalanya....


Aku tidak perlu apa-apa dari mu...
Memadailah dengan hanya secangkir cinta buat penghilang dahaga...


Aku tidak perlu apa-apa dari mu...
Memadailah seutas kasih buat pengikat kita berdua...


Aku tidak perlu ap-apa dari mu...
Memadailah sekuntum sayang buat azimat perangsang diri...


Aku tidak perlu apa-apa dari mu...
Memadailah secebis setia buat pengukuh kasih mesra kita...


Aku tidak perlu apa-apa dari mu...
Memadailah seulas senyumanmu sebagai bekal pengubat rindu...


Aku tidak perlu apa-apa dari mu....
Memadailah sehelai gebar hangat darimu buat penyejuk malamku...


Selebih dari itu....
Tidak ku minta apa-apa dari mu...


                                              Syairah Love Sidi Amir

Kiss The Rain

I often close my eyes...
And i cansee you smile...=)
You reach out for my hand...
And I'm woken from my dream...
Although your heart is mine...
Its hollow inside...
I never had your love...
And I never will...


And every night...
I lie awake...
Thinking maybe you love me...
Like i've always love you....
But how can you love me...
Like i loved you when...
You can't even look me...
Straight in my eyes...


I've never felt this way...
To be so in love...
To have someone there...
Yet feel so alone...
Aren't you supposed to be..
The one to wipe my tears...
The one to say that you...
Would never leave...


The waters calm and still...
My reflection is there...
I see you holding me...
But then you dissapear...
All that is left of you...
Is a memory...
On that only, exists in my dreams...


I don't know what hurts you...
But i can feel it too...
And i just hurts so much...
To know that i can't do a thing...
And deep down in my heart...
Somehow i just know...
That no matter what...
i'll always love u...<3<3





                                                                                                                        Syairah Love Sidi Amir

Monday, 19 December 2011

Disaat ini kesedihanku muncul lagi...=(...=(

...saya sedih sangat-sangat......
...napew ada gak orang yang selalu nak rampas orang yang saya sayang...
...Ramai lagi laki lain kat luar sana,knapa orang yang saya sayang jugak yang die nak..knapa???,,,,knapa???..
...Tolong la jangan kacaw hubungan saya disaat saya sedang gembira bersama si dia yang saya sangat2 cintai dan sayangi...
...Hancur hati saya baca ayat2 dy yang dy post kat wall fb die tu...betol2 menyakitkan ati saya...
...Sebenarnya spew yang berhak dapat si dia yang saya sayang tu???...
tolong jawab....hati saya sedang menangis sekarang!!!
...walawpon orang kata 'Kalau kita nak tengok orang yang kita syang tu bahagia biarkan lah  si dia bersama dengan pilihan ati die...tp saya tak gtu...walawmacampon saya tak kan lpaskan orang yang saya sayang kat tangan orang lain...saya sayang awak sangat2 cd...awak paham perasaan saya kan..awak sorang jew pham...saya tak sanggup lpaskan awak mcam tu jew kerana pompuan tu...Ira harap cd dapat setelkan sume tu dalam masa terdekat..(I Love U)...






Cinta bermula dengan senyuman,tumbuh dengan kemesraan dan berakhir dengan air mata.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang dilupakan.Anda tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan sehingga anda melupakan kegagalan dan rasa sakit hati...


Ketika lahir,anda menangis dan semua orang di sekeliling anda tersenyum.Hiduplah dengan hidupmu,justeru ketika anda meninggal dunia,anda satu-satunya yang tersenyum dan semua orang disekeliling menangis...:(...:(...:(

p/s:: Disaat Ira post benda ni..Ira sedang menangis sendirian...Harap sangat benda ni dapat setel cepat...Btw ira sayang cd sangat-sangat...Ira sentiasa support cd dari belakang walaw apa pon berlaku...cd jangan risau yew sayang...Hidup ini banyak dugaan yang kita lalui.kadang-kadang tak tertanggung kan??...So,Jiwa perlu la kental n hati perlu la tabah menghadapi semua dugaan yang datang.Moga Allah merahmati hubungan kita ini ...




                                           
                                                                                                              
                                                                                                               Syairah Love Sidi Amir

Sunday, 18 December 2011

My Beloved Family. . .=)

My Parents (Ummie And Abah)

My Beloved Mother(Ummie)
Syairah(Me)
Syafiqah (My Sister)

Syuhada (My Sister)

Syazwana (My Youngers Sister)

Syazwani 

Mohd Syafiq (Abang Long)

Mohd Suffian (My Brother)


Ni la family sayer...satu jew tak der gambar kan...gambar adik laki sayer (Mohd Syahrir)...adik sayer yg kedua last tu tak suka ambik gambar...suka merayau-rayau...satu pon gambar die tak der...hehe...:)


 


                                              Syairah Love Sidi Amir

Tips Nak Jadi Lelaki Romantik Khas Buat Mu Sayang----- Sidi Amir

# Jangan segan silu meluahkan rasa sayang kamu pada si dia .Tapi biarlah ia datang dari hati yang ikhlas..jgan hipokrit taw..:)

# Jika si dia merajuk,tak silap kalau kamu memujuknya,,Hati cepat sejuk bila mendengar pujukan kamu...:)

# Renungi mata si dia bila kamu berhadapan dengannya...Pastikan si dia menyedari cahaya CINTA dari mata kamu...:)..love u sayang..hik3..tetiba jerrr..

# Bercakap secara lembut dengan nada yang rendah dan teratur...Elakkan dari meninggikan suara atau ketawa dengan kuat..Biarlah menjadi 'Soft-Spoken'...:)

# Sering mengambilberat akan si dia tapi jagngan lah sampai mengongkong...Nanti si dia akan boring dengan sikap kamu itu...:)

# Sesekali apa kata kamu membelikan si dia hadiah istimewa buat si dia.walaupun murah janji pemberian itu ikhlas...:)

# Selalu berpakaian sedondon bila keuar bersama ...:)

# Kunjungi tempat-tempat yang boleh menimbulkanmood romantik...:)

# Lemparkan senyuman yang paling manis buatnya ketika berjumpa...Pastikan senyuman itu mampu mencairkan hati nya...:)..



Praktik la benda ni lam hubungan kita...Insyaallah Semoga berkekalan selamanya...:)..i love u ...




                                                                                               Syairah Love Sidi Amir

Saturday, 17 December 2011

Budak Sains Love Budak Musik Forever And ever

Syairah Mohd Sekari
Sidi Amir Zazali
Cinta
Hati ini trasa sunyi tanpa nafas cintamu…
hidup ini sepi tanpa senyuman darimu
diri ini senyap tanpa jiwa kasih mu…
ruang hatiku gelap tanpa arah tuk melangkah.


Cinta
mengapa semua harus terjadi ???
mengapa disaat terang dunia kalbuku kau berlalu
kau tinggalkan sepenggal dusta dalam rasa…




cinta…
aku hanya mampu memeluk rasa
memeluk mimpi Senja
yang kelabu
meniti harapan
fajar kelana..

cinta…
kau buat aku tak yakin untuk melangkah
kau beri aku segenggam luka
mengapa cahaya pelangi menjadi api…
selamat jalan cinta…
selamat berbahagia di atas luka ku…
biarkan kata merangkai hati serupa darah dibalik tirai…  



ChEmIstRy bEtwEeN sTuDent oF sCienCe aNd mUsIc sTuDeNt


                                              Syairah Love Sidi Amir
                                          

 


            

Friday, 16 December 2011

LOVE




                                         Syairah Love Sidi Amir

Andai Diri Mu tahu Sayang...

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan memyempurnakan. Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisi menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda...



                                             Syairah Love Sidi Amir

Ada Kalanya Kita Perlu Menangis~~=(

Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu hidup ini bukan sekadar untuk KETAWA...
Adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu mahal nya NILAI AIR MATA...
Berterima Kasih kepada yang MENYAKITImu kerana dialah yang mengajar mu ERTI TABAH...
Berterima Kasih pada orang yang TIDAK MENGENDAHKANmu kerana dialah insan yang MEMUPUKmu BERDIKARI...
Berterima Kasih pada orang yang MENJATUHKANmu kerana dialah insan yang MEMPERHEBATKANmu...
Berterima Kasih kepada orang yang MENYIKSAmu kerana dialah jua yang MENGUJI kesabaran dan ketabahanmu...






                        #I LOVE U#


                        #WO AI NI#


                    #AKU CINTA PADAMU#


                #NAAN UNNAI KATHALIKARAEN#


                       #SARANGHAEYO#


                        #AISHITERU#


                                       
                         
                                             Syairah Love Sidi Amir