Saat kamu jatuh cinta pada si dia, adakah kamu mensyukuri cinta yang datang tanpa di pinta???
Saat kamu menyatakan niat untuk bersama dengannya, adakah kamu mensyukuri cinta yang menjadikan kamu berani mengatakannya???
Saat kamu melangkah ke alam pernikahan, adakah kamu mensyukuri hikmah pertemuan membuahkan cinta untuk bersama???
Saat kamu menjalani kehidupan berumah tangga, adakah kamu mensyukuri cinta yang akan dibawa hingga ke syurga???
kamu pernah jatuh cinta, kamu tahu rasa cinta, kamu tahu datangnya tanpa dipinta, pernah kamu mensyukuri nikmatnya???
Cinta itu kurniaan Illahi, yang terletak didalam hati, fitrah manusia yang penuh suci, namun kadang kala lalai untuk dihargai...
Rasa ragu terhadap cinta, rasa curiga terhadap cinta, rasa jemu terhadap cinta, semuanya berlaku kerana tidak menghargai cinta...
Manusia lupa apa itu cinta sesama manusia sekadar pinjaman dari-Nya, Manusia alpa bahawa cinta yang kekal hanya lah Lillahi Ta'ala...Hingga akhirnya menangisi setelah cinta itu tiada...
Kerana cinta itu penuh nikmat, kerana cinta itu penuh rahmat...
Syukurilah cinta yang diberi, oleh itu kita akan merasa nikmat kurniaan Ilahi... Jika tidak diendahkan maka pasti ia akan menjadi ujian...
Tanya diri sudahkah anda mensyukuri cinta yang diberi???InsyaAllah...Dia pasti akan memberi lagi...
Terima Kasih CINTA (^_^)
No comments:
Post a Comment